Thursday 16 May 2013

Penundaan acara Putrajay MTB 12Hrs Endurance & Sundown Challenge

Newsalert#

Hi All!!!

Dukacita adalah dimaklumkan bahawa penganjuran acara MTB 12 jam Endurance dan Sundown Challenge yang dijadualkan pada 19 Mei 2013 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Penundaan acara ini dibuat setelah mengambil kira respond daripada anda untuk mendapatkan laluan yang lebih menarik dan juga pemilihan tarikh yang lebih sesuai. 

Sehubungan itu kami memulangkan semula yuran penyertaan dengan kadar segera kepada pasukan ataupun peserta yang telah pun mendaftar. 

Mohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. 

Sekian, harap maklum.